Boleh pandang belakang

assalamualaikum

Mama dah pesan banyak kali jangan drive masa dalam pantang. In fact, dia ulang pesanan tu masa first time datang sini untuk tengok Adrian dan juga masa kali kedua datang sebab risaukan Adrian. Tapi, macam biasalah, akukan degil yang teramat. Bukan disengajakan pun nak langgar pesanan dia tu. Kalau bukan diri sendiri yang drive kereta untuk pergi hospital jaga Adrian, siapa lagi sebab Arif kerja. Nasib baik bukan drive kereta manual. Sebenarnya drive seorang-seorang dengan ada baby kat dalam kereta ni takut gak sebab ye la, baby kan duduk seorang-seorang je kat belakang tu. Nasib baik ada orang invent baby car seat ni!

Kebanyakan kitaorang keluar berdua sebab ada appointment doctor/surgeon/Child Health Nurse. Dan appointment-appointment ni juga kebanyakan untuk Adrian jadi Adrian memang cheeky sikit bila tau nak jumpa doctor/nurse perempuan. Bila doctor nak cek mata, dia kenyit-kenyit mata kat doctor, tak ke cheeky tu. Adrian pandai, dia diam je duduk dekat car seatnya tapi bila balik ke rumah lain plak, melalak yang teramat. Nampak sangat dia tau kat rumah takde perempuan cun.

Duduk dalam car seat kalau driver tak boleh nampak apa baby buat, tak guna jugak jadi kami pasang baby rear view mirror dari Fisher Price. Benda tu senang je nak pasang dekat headrest seat belakang. Just make sure headrest tu adjustable la. Masa pakai kereta WRX tak boleh pakai sebab bucket seat jadi aku bagilah cermin tu kat kakak aku yang ada new baby jugak di Bangi, kereta baru nasib baik boleh. Bila drive seorang-seorang, mata ni selalu pandang dekat cermin tu sebab nak tengok apa Adrian buat, takde la risau dibuatnya.

Cermin ni mahal sikit sebab ada benda comel-comel tu tapi biarlah Adrian ada benda comel nak pandang. Yang murah pun ada tapi yang murah hanya cermin dilekat kat cermin belakang tu. Tengok car seat kat bawah senget sebab nak ambil gambar punya pasal. Ikutkan masa ambil gambar tu, Adrian tengah melalak nak susu.

Gambar kat bawah pulak, cucu Mama & Bapak (cousin Adrian) yang ketiga yang lahir 2 hari selepas Adrian lahir. Namanya Ariz Farhan B. Faizul Nizan dan gambar dicilok dekat FB kakak. Comelkan, geram betul tengok pipi tu. Hobi dia tidur dan tidur, senang kerja kakak.

Share on TwitterShare on TumblrSave on DeliciousDigg This
  • http://.xanga.com/ Anonymous

    ye….mmg..da la ssh nk senyum ariz tu..haha..btw bila nk blk bwk adrian??

  • http://d3vilst3ch.xanga.com/ d3vilst3ch

    Wah, bagus la bila baca blog orang yang sedang mengandung or dah dapat baby. leh share byk info. hihihih

    ok, lagi2, need moreee info

  • http://hana_lalalala.xanga.com/ hana_lalalala

    tak boleh letak car seat kat depan ye?

    so cute baby kakak u… best nye semua ade baby dah.

  • http://farahamizah.xanga.com/ farahamizah

    @cia - bila bpk sponsor br blk..hehe

    @d3vilst3ch - why? ur wife pn preggie ke?

    @hana_lalalala - yup,lebih safe letak car seat rear facing (seat blkg)…

  • http://.xanga.com/ Anonymous

    Your blog is pretty good and impressed me a lot. This article along with the images is quite in-depth and gives a good overview of the topic.

    custom logo | companies logos